Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Amah Indonesia Dera Budak OKU DiPenjara | Seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menganiaya yang mungkin mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di bawah jagaannya.

Amah Indonesia Dera Budak OKU DiPenjara

Tini Martini, 50, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap anak majikannya dan tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang dilakukan antara Februari hingga Mei lalu.

Tertuduh yang akan diusir dan tidak dibenarkan kembali ke negara ini selepas tamat tempoh hukuman mengalirkan air mata ketika hukuman dijatuhkan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan seperti mengheret, memukul, mengetuk kepala dan memijak kaki kanak-kanak perempuan OKU berusia 10 tahun itu antara Februari hingga Mei lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9057


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.