Rabu, 26 November 2014

Rabu, November 26, 2014
1
AWAS! Pokok Seakan Ulam Raja Bawa Penyakit Bahaya | "Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat."

AWAS! Pokok Seakan Ulam Raja Bawa Penyakit Bahaya
Pathenium hysterophorus yang ditemui di Kampung Baru Saga, Rantau
Itu peringatan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Miang Mexico.

Tumbuhan itu yang nama saintifiknya "parthenium hysterophorus" hangat diperkatakan penduduk Kampung Baru Saga di Rantau, Seremban kerana telah menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami penyakit kulit yang agak serius.

Mustapa mengesahkan tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia.

"Tumbuhan mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi.

Hasil pendedahan media, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan bertindak mencabut tumbuh-tumbuhan itu di Kampung Baru Saga, Rantau pada pagi 25 Nov lalu.

Pengarahnya, Mustafa Umar berkata, seramai 10 kakitangan ditugaskan mencabut rumpai berkenaan dalam usaha memastikan ia tidak lagi tumbuh di kawasan terbabit.


Katanya, pihaknya sebelum ini pada 11 dan 20 November lalu sudahpun melakukan semburan racun pada rumpai berkenaan atau dalam bahasa saintifiknya 'Parthenium Hysterophorus'.

"Pada hari ini, kita bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi tadi bergotong royong mencabut rumpai itu hingga ke akarnya di jalan utama di kampung terbabit," katanya.


Menurut Mustafa, selepas dicabut, rumpai berkenaan dimasukkan ke dalam pastik sebelum ia dibakar di tanah lapang di kampung itu.

Terdahulu, seorang penduduk, S Kaliammah, 63 mengalami ruam di tangan serta kaki akibat memegang tumbuh-tumbuhan itu.

“Saya tidak menyangka ruam kulit ini berpunca daripada Miang Mexico,” kata S Kaliammah yang mengalami masalah ruam pada tangan dan kaki sejak setahun lalu selepas membersihkan pekarangan rumahnya di Kampung Baru Saga, Rantau, dekat sini.

Kaliammah, 63, berkata, mulanya dia menyangka masalah itu berpunca jangkitan kuman dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), namun doktor tidak dapat mengesan punca ruam itu.

AWAS! Pokok Seakan Ulam Raja Bawa Penyakit Bahaya
KALIAMMAH menunjukkan ruam di tangan dan kaki disyaki akibat tersentuh Miang Mexico.
“Selepas beberapa kali rawatan, saya dirujuk kepada Jabatan Pertanian negeri dan pihak berkenaan mengesahkan kemungkinan ia berpunca daripada sentuhan pada Miang Mexico.

“Apa yang menguatkan lagi dakwaan itu ialah saya mendapati rumpai itu banyak tumbuh di sekeliling tanaman bunga di rumah saya. Memang saya ada mencabut rumpai itu tanpa menggunakan sarung tangan,” katanya ketika di temui di rumah anaknya di Taman Lavender Height, Senawang, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini, tangannya masih belum pulih sepenuhnya dan dia masih menerima rawatan. Kaliammah berkata, dia diberi dua ubat sapu dan dua ubat makan, tetapi kesannya bersifat sementara.

#Menerusi carian admin, pokok ini memang mirip kelihatan seperti Ulam Raja namun berbeza beberapa sifat.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11282
http://www.hmetro.com.my/node/11643
http://www.hmetro.com.my/node/11572



1 comments:

  1. Tepi rumah saya penuh dengan tumbuhan miang mexico Yang seakan ulam raja .tak tau apa nak dibuat

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.