Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
BAPA MANGSA BULI MOHON POLIS BERTINDAK TEGAS | Pihak polis diminta bertindak tegas dengan menyiasat kes yang membabitkan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Dinie Shafiq Baharul Isham, 14, yang disyaki dibelasah lapan pelajar sekolah yang sama.

BAPA MANGSA BULI MOHON POLIS BERTINDAK TEGAS

Bapa mangsa, Baharul Isham Ahmad, 49, berkata, pihak polis harus siasat secara tegas dan teliti kes tersebut.

“Jika benar kejadian itu berlaku, kesemua pelajar itu harus dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka akan mengulangi perkara yang sama pada mangsa lain pula,” katanya.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar terlibat sudah dibuang sekolah.

“Bagi saya ia bukan jalan penyelesaian terbaik. Mereka boleh masuk sekolah lain dan tidak mustahil akan ulang perkara yang sama nanti pada pelajar lain.

“Mereka harus dihantar ke sekolah khas seperti Henry Gurney untuk diberi pengajaran dan menjadi pelajar yang baik,” katanya.

BAPA MANGSA BULI MOHON POLIS BERTINDAK TEGAS

Dalam pada itu, beliau berkata, anaknya sudah dipindahkan ke MRSM Kuala Kubu Bharu kira-kira seminggu selepas kejadian itu.

“Saya dan isteri sudah lama berhasrat untuk pindahkan Dinie dari MRSM Balik Pulau selepas banyak kali dia mengadu barangnya hilang disyaki dicuri.

“Kami gembira dia dapat ditukarkan. Lokasinya dekat dan senang kami nak jenguk dan pantau keadaannya yang masih trauma,” katanya.

Katanya, keadaan anaknya semakin pulih namun dia masih mengadu berasa sakit di bahagian terlibat.

“Harapan saya agar anak saya dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Pada 22 Oktober lalu, mangsa dan seorang lagi rakan seasramanya dibelasah lapan pelajar MRSM Balik Pulau menyebabkan mangsa patah tulang rusuk.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bapa-mangsa-pukul-minta-polis-bertindak-tegas-1.331518


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.