Ahad, 16 November 2014

Ahad, November 16, 2014
Bapa Tangkap Ketua 20 Mat Rempit Pembunuh Anak | Bapa kepada allahyarham Muhammad Khairul yang maut ditikam dan dicampak kedalam tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak bertindak sendirian memburu dan menangkap ketua kumpulan 20 mat rempit yang membunuh anaknya.

Bapa Tangkap Ketua 20 Mat Rempit Pembunuh Anak

Sewaktu kejadian, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.

Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.

Bapa Tangkap Ketua 20 Mat Rempit Pembunuh Anak
Sebahagian suspek yang berjaya ditahan -terengganu times
"Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.

"Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.

"Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi," katanya.


A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.

"Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.

"Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis," katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.

Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/11/15/bapa-khairul/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.