Ahad, 23 November 2014

Ahad, November 23, 2014
Bayi 6 Bulan Maut Di Langgar Kereta Bapa | Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut selepas dilanggar kereta bapanya dalam kejadian di kediaman keluarga mangsa di Jalan Bharu Balik Pulau, 11.30 pagi tadi.

Bayi 6 Bulan Maut Di Langgar Kereta Bapa

Mangsa Muhammad Syamil Ziqri Jamzaidi dipercayai merangkak keluar dari rumah dan bermain di ruang antara hadapan kereta Proton Iswara bapanya dan dinding rumah.

Bapa mangsa berusia 30-an yang tidak menyedari kehadiran bayinya itu terus menghidupkan enjin menyebabkan kereta berkenaan bergerak ke hadapan berikutan dipercayai ditinggalkan dalam keadaan gear tidak dineutralkan.

Bapa mangsa melakukan pemeriksaan kemudian menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), bagaimanapun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HPP.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam, Jalan Bharu Balik Pulau 6 petang ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11141#sthash.XEX56na1.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.