Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Bila Datuk Siti Nurhaliza Jadi Pembaca Berita | Bakatnya tidak sekadar terserlah di pentas hiburan, malah kini dikembangkan pula sebagai pembaca berita.

Bila Siti Nurhaliza Baca Berita

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini memulakan `tugas' menyampaikan berita jam 12 di Astro AWANI.

Siti, yang bergandingan dengan Rizal Zulkapli yang juga seorang produser di stesen berita ini, nampak tidak kekok malah bersahaja ketika menyajikan kandungan berita AWANI untuk hari ini biarpun ini merupakan kali pertama beliau di pentas yang sama sekali berbeza.

Penampilan Siti di Bilik Berita Astro AWANI hari ini sebenarnya sebagai jemputan khas dalam segmen Agenda AWANI.

Siti hadir bagi memperkatakan mengenai pencalonannya di Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) di Agenda AWANI yang bakal ke udara Sabtu ini pada 8.30 malam.

Di kesempatan itu juga, buat julung kalinya, Siti diberi peluang menunjukkan bakat membaca berita untuk buletin tengah hari.

Bagaimanapun di laman Instagram Datu Siti, beliau menulis,"Saya main2 je tadi nak lalu belakang rizal masa dia baca berita ..tiba2 diaorg panggil utk baca berita sekejap..hahaha.." Ikuti video Siti Nurhaliza membaca berita dibawah....




sumber
http://www.astroawani.com/news/show/bila-datuk-siti-nurhaliza-membaca-berita-48338


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.