Jumaat, 21 November 2014

Jumaat, November 21, 2014
Bilah Mesin Rumput Ragut Nyawa Sepupu | Seorang lelaki maut setelah belakang badannya terkena serpihan bilah mesin rumput ketika sedang menebang pokok getah bersama sepupunya di sebuah dusun durian.

Bilah Mesin Rumput Ragut Nyawa Sepupu

"Arwah sempat menoleh dan menjerit meminta saya berhenti memotong rumput," kata Vira Osman, 34, sepupu kepada Mohamad Nazri Mohd Noor, 23, yang maut selepas terkena serpihan mata pemotong rumput ketika bekerja di dusun durian berhampiran kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Balik Pulau, petang kelmarin.

Vira berkata, dia yang tidak mengetahui apa menimpa sepupunya itu mematikan mesin pemotong rumput dan terkejut apabila mendapati darah memancut keluar dari belakang badan lelaki itu sebelum arwah rebah.

"Ketika itu, saya bekerja di bahagian atas bukit, manakala arwah berada di bawah kerana menebang pokok getah menggunakan gergaji mesin.

"Melihatkan keadaan sepupu yang rebah dengan badan berlumuran darah, saya dan rakan bergegas ke arahnya untuk memberikan pertolongan," katanya ketika ditemui media di rumah arwah di Mukin 1, Pulau Betong, semalam.

Tambah Vira, sejurus menghampiri sepupunya itu, dia terkejut melihat bahagian kiri belakang badan arwah mengalami luka besar dan dia ketika itu masih bernyawa, namun dalam keadaan lemah.

Al Fatihah buat allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan umat Islam beriman dan beramal soleh.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/10594


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.