Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
BUDAK  6 TAHUN PARAH DICAMPAK DARI TINGKAT 2 SEKOLAH | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah dipercayai dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, semalam.

BUDAK 6 TAHUN PARAH DICAMPAK DARI TINGKAT 2 SEKOLAH

Difahamkan, mangsa yang juga kanak-kanak prasekolah di sekolah itu patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera pada tulang punggung sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, untuk rawatan.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.

"Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

BUDAK 6 TAHUN PARAH DICAMPAK DARI TINGKAT 2 SEKOLAH

"Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8767
http://www.sinarharian.com.my/semasa/murid-pra-sekolah-cedera-dicampak-dari-tingkat-dua-1.332872


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.