Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
BUDAK 7 TAHUN PARAH DIGILIS BAS SEKOLAH | Seorang budak tahun satu parah selepas digilis bas sekolah dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, semalam.

BUDAK 7 TAHUN PARAH DIGILIS BAS SEKOLAH

Menurut keterangan dari ibu mangsa, Hayati Ismail, 41, kedua-dua belah paha anaknya Muaz Saedin, 7, cedera parah akibat dilenyek tayar bas sekolah dalam kejadian pada 2.10 petang itu.

"Sebelum kejadian saya pergi ke sekolah untuk mengambil Muaz namum rasa ada yang tidak kena selepas melihat ibu bapa di situ dalam keadaam cemas.

"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya.

Dia yang juga kakitangan Jabatan Kewangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Balai Berita Perai berkata, sehingga 9 malam tadi doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) berikutan kecederaan dialaminya agak serius.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8012


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.