Rabu, 5 November 2014

Rabu, November 05, 2014
BUDAK JATUH TERCUCUK BATANG BESI | Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera selepas tercucuk besi di bahagian pinggulnya sebelum berjaya dipotong pihak bomba dalam kejadian di Jalan Sungai Sering, Taman Ukay Indah, Ampang, KL, pada jam 4.10 petang tadi.

BUDAK JATUH TERCUCUK BATANG BESI

Menurut komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal berkata, kanak-kanak lelaki itu dipercayai bermain berseorangan di kawasan perumahannya yang turut mempunyai sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran taman perumahan itu.

Tambah beliau, kanak-kanak malang itu dipercayai terjatuh daripada kontena itu sebelum tercucuk batang besi dan menyebabkan pihaknya mengambil masa lima minit untuk memotong besi berkenaan.

"Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak mereka terutama bila bermain di kawasan yang berisiko tinggi mendatangkan bahaya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/6731



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.