Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
Budak Kena Campak Dari Tingkat 2 Kini Stabil | Keadaan murid prasekolah yang dipercayai dicampak seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari tingkat dua bangunan Sekolah Kebangsaaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, petang kelmarin, dilaporkan stabil.

Budak Kena Campak Dari Tingkat 2 Kini Stabil

Bapanya Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata, anaknya tidak mengalami komplikasi serius akibat kecederaan dialami dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Katanya, beliau sekeluarga bersyukur dengan perkembangan itu yang dimaklumkan oleh doktor yang merawat Adam Zikri.

Budak Kena Campak Dari Tingkat 2 Kini Stabil

"Doktor beritahu setakat ini mereka tidak mengesan komplikasi serius akibat impak ketika dia jatuh. Anak saya mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan selain cedera di kepala," katanya di sini, hari ini.

Budak Kena Campak Dari Tingkat 2 Kini Stabil


Awal hari ini, mangsa dikatakan dicampak oleh seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari tingkat dua bangunan sekolah itu jam 1.30 tengah hari semalam.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8774


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.