Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
Budak Perempuan 10 Tahun Nyaris JAdi Mangsa Culik | Alhamdulillah, Allah S.W.T masih sayangkan adik ini apabila penjenayah hanya sempat menculiknya selama sejam sahaja setelah kereta yang mereka naiki terlekat didalam lumpur.

Budak Perempuan 10 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Culik

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad terjun keluar daripada kereta apabila tayar kenderaan penculiknya itu tersangkut dalam selut, dalam kejadian di Kampung Aril, Melor, Kota Baharu, pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kanak-kanak berkenaan diculik hampir sejam ketika dia menunggang basikal bersama seorang rakannya di depan rumah.

Menurutnya, polis bertindak melakukan gerakan mengesan selepas menerima aduan.

“Ketika berbasikal itu, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri mereka sebelum menarik kanak-kanak itu masuk ke dalam keretanya. Tapi, selepas kira-kira 22 kilometer dari lokasi kejadian, tayar kereta suspek tiba-tiba tersangkut dalam selut.

“Kesempatan itu memberi ruang kepada kanak-kanak itu melarikan diri. Dia kemudian ditemui seorang wanita di kawasan terbabit sebelum diserahkan kepada polis," katanya, di sini, malam tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9094


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.