Rabu, 5 November 2014

Rabu, November 05, 2014
Buli Pelajar Junior, 7 Suspek Akan Di Dakwa | "Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di Perlis.

Buli Pelajar Junior, 7 Suspek Akan Di Dakwa

Berdasarkn klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar lelaki di dalam bilik asrama di situ.

Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.

Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.


Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.

Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pihak pendakwaan bagi membuat pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.

Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.

Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebuah bilik asrama.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/6750



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.