Khamis, 20 November 2014

Khamis, November 20, 2014
Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit | Tahukah anda, terdapat satu hidangan makanan tradisional unik bernama Kiviaq, yang merupakan makanan khas untuk kaum suku Inuit.

Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit

Hidangan ini diperbuat daripada burung laut yang diperam. (harus diingat, bulunya tidak dibuang)

Makanan ini mereka persiapkan agar mereka terhindar kekurangan makanan pada saat memasuki bulan-bulan yang sejuk. Makanan ini nampaknya cukup sukar untuk perut mereka yang tidak biasa.

Kiviaq biasanya dimakan mentah-mentah atau tidak dimasak.

Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit

Burung laut yang digunakan untuk kiviaq ini adalah burung laut auks dan ini diperam di dalam kulit anjing laut.

Sekitar 500 burung Auks dimasukkan ke dalam kantung kulit itu dan kemudian dijahit.

Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit

Mereka memasukkan semua bahagian tubuh burung  auks itu termasuk  kaki, dan bulunya. Untuk menghindari lalat maka kantung kulit ini disapu lemak di seluruh lapisan luarnya.

Burung-burung ini kemudian diperam di bawah tumpukan batu selama sekurang-kurangnya 3 bulan atau bahkan 18 bulan. (pastinya tempat yang sejuk beku)

Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit
Burung Perkasam Makanan Kegemaran Kaum Suku Inuit

Suku Inuit mengambil Kiviaq selama musim sejuk di Greenland, terutama pada hari ulang tahun dan perkahwinan.

Kaum suku Inuit ialah sekumpulan orang asli yang banyak mendiami wilayah Artik Greenland, Kanada, Amerika Syarikat, dan Rusia.



sumber
http://www.kongsimedia.com/2014/11/kaum-suku-inuit-makan-perkasam.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.