Khamis, 6 November 2014

Khamis, November 06, 2014
Chef Ridz & Shikin Maembong Selamat Bertunang | Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana.

Chef Ridz & Shikin Maembong Selamat Bertunang

Menurut Chef Riz, majlis tersebut berlangsung  di kediaman keluarga perempuan iaitu di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dekat sini dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada.

"Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember,"

Chef Ridz & Shikin Maembong Selamat Bertunang | Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana.

Pada majlis tersebut pihak Chef Ridz hanya membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek.

Sementara tiada balasan hantaran daripada pihak perempuan.

Dalam pada itu, Riz berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membina sebuah keluarga yang sempurna.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan pernigaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua.

"Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," ujarnya.


Pasangan Chef Ridaz dan Shikin telah bercinta sejak dua tahun lalu.

Shikin berumur 31 tahun merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada Emma Maembong dan Cha-Cha Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/06/majlis-tunang-chef-riz/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.