Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
DANLI TAN, KISAH MENYAYAT HATI DI CHINA | Danli Tan, seorang budak perempuan miskin berusia lapan tahun tinggal di desa pergunungan daerah Chaimen, Nanxiang wilayah autonomi Guangxi, China.

DANLI TAN, KISAH MENYAYAT HATI DI CHINA

Kisah Danli Tan mula mendapat perhatian masyarakat setelah sebuah saluran televisyen di China mengeluarkan video kisah hidup Danli bersama bapa tirinya yang sangat menyayat hati dan menyentuh perasaan.

Ketika ditanya wartawan berapakah masa yang diambil Danli untuk pergi dan pulang ke sekolah, Danli berkata, dia mengambil masa hampir dua jam untuk meredah hutan ke sekolah.

Menjelajahi keheningan hutan, Danli akan membuat suara seperti serigala jika ingin pulang dari sekolah.


“Itu cara untuk saya mengusir binatang buas sepertimana yang diajar ayah kepada saya . Setiap kali pulang ke sekolah kalau dijalan tidak bersama orang lain saya akan melolong seperti itu,” katanya.

Sementara ketika ditanya mengenai jari kakinya yang kelihatan seperti sakit, Danli menjawab kesakitan itu sudah biasa baginya.

DANLI TAN, KISAH MENYAYAT HATI DI CHINA

Dalam pada itu, tinjauan wartawan itu mendapati bahawa dalam ‘hutan’ tersebut hanya kelihatan satu-satunya rumah kayu suku Maonan yang masih tinggal  iaitu rumah Tan Danli.

Rumahnya berselerak, bumbung rumahnya bocor, Danli akan beralih jika hujan turun tiba-tiba membasahinya. Dulu, ayahnya seorang ‘doktor’ haiwan, namun sekarang menghidapi penyakit tua.


Sementara itu, rutin harian Danli adalah menyediakan makanan untuk ayahnya kerana ayahnya sudah tidak mampu untuk melakukan ‘aktiviti’ memasak, kerana sakit.

“Sebaik sahaja saya pulang daripada sekolah saya akan masak untuk ayah, dulu ayah yang masak tetapi sekarang ayah sakit, terutama matanya.

DANLI TAN, KISAH MENYAYAT HATI DI CHINA

Selain memasak, Danli juga menjaga haiwan ternakan keluarga mereka terutamanya lembu.

"Ayah, Terima kasih sudah merawatku bertahun-tahun...tunggulah aku dewasa...aku pula akan merawatimu...", kata Danli.


Untuk rekod Danli merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah, dia menduduki ranking kedua untuk keseluruhan pelajar di sekolahnya.

Seterusnya lihat video dibawah, satu kisah yang menyayat hati berlaku di China.....pasti anda juga akan terharu.




sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/melolong-seperti-serigala-pergi-pulang-sekolah-1.330820
http://www.youtube.com/watch?v=IzOkUsOnpaM


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.