Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Derita 2 Jam Tersangkut Mata Kail Di Mata | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di kelopak mata kanannya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat petang semalam.

Derita 2 Jam Tersangkut Mata Kail Di Mata

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pembedahan mengeluarkan mata kail berkenaan.

Selepas dua jam pembedahan mata kail berkenaan berjaya dikeluarkan dan mangsa dilaporkan stabil.
Menceritakan semula kejadian, bapa mangsa Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anaknya berada di rumah pengasuhnya.

Katanya, anaknya menemui sebatang pancing di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya sebelum menyerahkan kepada seorang rakan perempuannya.

"Kanak-kanak perempuan itu kemudian cuba melontar kail itu ke dalam sawah padi namun tersangkut pada kelopak mata anak saya.

"Kejadian itu disedari oleh pengasuhnya selepas anak saya menangis kerana kesakitan sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9924 



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.