Rabu, 12 November 2014

Rabu, November 12, 2014
DIA MASIH BUJANG- ERRA FAZIRA | Erra Fazira berharap keputusan mendedahkan bahawa beliau sedang mengenali seseorang dapat menutup khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan golongan atasan.

DIA MASIH BUJANG- ERRA FAZIRA

Erra mengaku terpaksa membuat pengakuan terbuka itu hari ini demi menghentikan pelbagai gosip keterlaluan yang menyerangnya.

"Setakat ini, saya memang memilih seseorang itu pada paksi hati dan bukannya materialistik. Selama ini memang saya tiada kawan dari golongan VIP atau ahli politik.

"Jadi jelas gosip mengaitkan saya dengan golongan sebegitu tidak benar dan sengaja diada-adakan. Gosip itu seolah-olah macam saya kemaruk cari cinta pula," katanya yang ditemui pada sidang media sempena pelancaran teater Takhta 3 Ratu di sini, petang ini.

Hubungan Erra dengan jejaka yang diakuinya itu masih bujang terlalu unik kerana mereka jarang berjumpa.

DIA MASIH BUJANG- ERRA FAZIRA

Aktres itu bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut siapa lelaki istimewa itu.

"Cukuplah orang tahu saya sedang berkawan. Kenapa saya tak dedah itu dan ini mengenainya kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan dan jangkaan tinggi terhadap hubungan ini.

"Apa apa boleh terjadi dalam tempoh perkenalan ini. Lainlah kalau hubungan ini sudah di fasa seterusnya. Ikutkan saya tak mahu berkongsi hal ini tapi apabila timbul cerita membabitkan golongan atasan, maka saya perlu meletakkan satu noktah kepada cerita bukan bukan itu," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/17167


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.