Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
DYNAS AKUI ALAMI KEMURUNGAN KRONIK | Tiada siapa yang pinta perpisahan dalam kehidupan berkeluarga, apatah lagi bila telah mempunyai anak-anak. Namun siapa yang mampu menghalang Qada dan Qadar. Begitulah yang terjadi kepada Dynas Mokhtar bila perkahwinan yang dibina selama ini terlerai jua. Dynas diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Hafizy Hafiz Feb lalu.

DYNAS AKUI ALAMI KEMURUNGAN KRONIK

Bagi Dynas, perpisahan mereka bukanlah berpunca orang ketiga atau bekas suaminya tidak mempunyai sumber kewangan stabil. Baginya tidak adil segalanya dibebankan diatas bekas suaminya itu.

Namun seperkara tak disangka, Dynas telah mengalami kemurungan melampau yang kronik akibat masaalah rumahtangga mereka.

Cynas tanpa berselindung mengakui dia pernah berjumpa pakar psikiatri.

"Mungkin selama ini orang akan anggap saya mempunyai kehidupan sempurna yang tiada masaalah langsung. Tapi barangkali saya ni bijak dan berahsia bila bercakap tentang kehidupan peribadi. Saya juga hambaNYA yang lemah dan tewas sesekali dengan ujian yang mendatang"

"Kemurungan ini saya sendiri tak sedar bila ia muncul. Ia antara penyebab saya hilang punca dan arah. Ditambah pula dengan masaalah rumahtangga, ia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga"

"Orang mungkin anggap saya seperti orang gila kerana perlu berjumpa pakar psikiiatri, kemurungan ni boleh berlaku kepada sesiapa saja. Saya tak rasa gembira dan seakan hidup seorang diri walhal telah berkeluarga" katanya yang turut berpesan kalau sesiapa yang alami kemurungan supaya berjumpa dengan pakar dan tidak cuba berselindung.

DYNAS MOKHTAR SAH BERCERAI

Kata Dynas lagi, perceraian tersebut bukan alasan untuk mereka menjadi musuh. Mereka masih lagi berhubungan dan berkawan baik malah boleh melepak bersama, beraya naik satu kereta bersama naka-anak.

Cuma tambahnya, mereka kini tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Dynas juga kian selesa dan mahu membiasakan fasa hidup barunya ini tanpa memikirkan soal kembali bersama atau mencari pengganti suami.

sumber
http://kezoom.blogspot.com/2014/11/dynas-mokhtar-sah-bercerai.html#.VF8T4EqUcoo


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.