Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
DYNAS MOKHTAR SAH BERCERAI | Awal Februari lalu, Dynas Mokhtar pernah menafikan segala gosip mengatakan rumahtangganya dilanda badai, namun akhirnya pelakon, pengacara dan usahawan, ini mengakuirumahtangga yang dibina selama ini gagal diselamatkan dan akhirnya mereka sah bercerai.

DYNAS MOKHTAR SAH BERCERAI

Menerusi Bi POP, Berita Harian, Dynas mengakui secara rasmi telah berpisah dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz sejak 25 Februari lalu.

"Masaalah komunikasi punca hubungan kami jadi hambar. Tak macam diawal perkahwinan, kami berkongsi segala-galanya....tapi ketika rumahtangga kami dilanda musibah kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing-masing buat hal sendiri" kata Dynas Mokhtar.

"Boleh dikatakan, kami bercakap pun hanya pasal anak, bila dah lama tak berkomunikasi, asal bercakap je boleh jadi gaduh."

DYNAS MOKHTAR SAH BERCERAI

"Kalau ikutkan masaalah kami hanya ni cukup kecil, tetapi ia berlarutan hingga tak dapat dibendung lagi. Ibu saya sendiri pernah berkata, sayang sangat perhubungan kami berakhir kerana perkara sebegini. Tapi semuanya sudah tertulis," tambah Dynas lagi.

Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangganya Sedang Bergolak

Dynas dan bekas suaminya berpisah secara baik dan bergilir-gilir menjaga dua anak mereka Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Dynas berkahwin dengan Hafizy pada 15 Mac 2008. Mereka bercinta dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/16483


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.