Sabtu, 22 November 2014

Sabtu, November 22, 2014
"Emma Tak Perlu Takut Dengan Saya" - Juliana Evans | Sejak berita kepulangan pelakon cantik, Juliana Evans atau lebih mesra disapa Jue diketahui umum, pelbagai spekulasi yang timbul.  Malah tidak dinafikan dia menjadi buruan pihak media bagi menjawab beberapa persoalan yang tergantung sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

"Emma Tak Perlu Takut Dengan Saya" - Juliana Evans

Selain kisah peribadi, cerita yang mendakwa timbul pergaduhan antara dia dan Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini antara yang ditunggu-tunggu memandangkan tiada sebarang jawapan daripada pihak Jue berkenaan isu terbabit.

"Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka.  Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar.

"Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain.  Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa.  Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa," jelas Juliana.

Meski kepulangannya ke Malaysia sejak 16 November lalu di atas beberapa urusan kerja, masih ada cakap-cakap yang menyifatkan Jue mahu membalas dendam atau dalam erti kata lain cuba mengganggu hubungan yang kini terjalin antara Zizan dan Emma.

"Buat apa saya nak dendam atau marah, kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja.  Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia.  Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.

"Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama.  Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak.  Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya," pinta Jue.

sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/emma-tak-perlu-takut-dengan-saya-juliana-evans-1.335452



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.