Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014
Ezad Exist Di Tahan Miliki Dadah, Positif Syabu? | Sebuah akhbar utama hari ini mengesahkan seorang artis telah ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu pada jam 2.00 petang tadi. Selain itu beliau juga dilaporkan positif dalam ujian air kencing.

Ezad Exist Di Tahan Miliki Dadah, Positif Syabu

Media hiburan hari ini menyebut nama artis tersebut ialah Ezad Lazim atau Ezad Exist. Ezad ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang.

Ezad sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Ezad Exist Di Tahan Positif Syabu

Menurutnya, polis kemudian membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

"Suspek kini ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan tangkapan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) ADB.

Terdahulu media pernah melaporkan Ezan semakin kurus kerana kandungan gula dalam badan yang tinggi.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/10189
http://www.rotikaya.com/disyaki-miliki-syabu-ezad-exist-ditahan-positif-dadah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.