Sabtu, 22 November 2014

Sabtu, November 22, 2014
Ezad Exist Mengaku Tak Bersalah | Ezad Exist mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu, Rabu lalu.

Ezad Exist Mengaku Tak Bersalah

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Ezad didakwa memiliki satu paket lutsinar dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 petang, 19 November lalu.


Bagi pertuduhan itu, Ezad didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya S Arunjothy manakala Ezad tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan Ezad yang turut dikenali menerusi filem Mami Jarum diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/10693


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.