Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, November 07, 2014
Feeya (Sinar FM) Nyaris Jadi Mangsa SAMUN | "Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya,"

Feeya (Sinar FM) Nyaris Jadi Mangsa SAMUN

Begitulah cerita penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar yang nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal setelah cermin keretanya gagal dipecahkan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil siang tadi (Jumaat).

Tambah Feeeya, suspek dipercayai sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri,"

Feeya turut mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

Feeya (Sinar FM) Nyaris Jadi Mangsa SAMUN | "Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya,"

Bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/07/feeya-nyaris-jadi-mangsa/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.