Khamis, 27 November 2014

Khamis, November 27, 2014
Gambar Cemolot: Tauke Bengang, Nak Cari Penyebar | Baru nak reda dengan kontroversi, Tauke sekali lagi terpalit apabila sekeping gambar cemolot yang didakwa  miliknya disebar dimedia sosial sejak semalam.


"Kalaulah betul itu gambar saya, saya tentu akan cari penyebarnya sampai ke akar umbi," jelas Tauke mengenai penyebaran beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa dirinya bercumbuan dengan seorang wanita, tersebar di media sosial semalam.

Gambar tersebut dipercayai tersebar di laman sosial selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan ada individu tak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.

Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.

"Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

"Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut,” katanya selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya."

"Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat."

Gambar Cemolot: Tauke Bengang, Nak Cari Penyebar

Tauke berkata, penyebaran gambar seperti itu yang dikaitkan dengan selebriti bukan perkara baru dan perlu ditangani dengan bijak.

“Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih.

“Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang,” katanya yang kini bergabung dengan Yus dan Zizan Razak sebagai kumpulan Virus dalam pertandingan itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/12236#sthash.JdZzSCFg.dpuf



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.