Khamis, 27 November 2014

Khamis, November 27, 2014
Gambar Kekasih Baru Intan Ladyana | Dunia blogger dan media hiburan online gempar sekejap apabila sekeping gambar dikatakan kekasih baru Intan Ladyana mulai tersebar dimedia sosial. Namun begitu, Intan yang ditemu media menafikan gambar tersebut adalah kekasihnya.

Gambar Kekasih Baru Intan Ladyana

"Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa  saya, bukan kekasih.

"Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia,"

Nampaknya gambar Intan bersama rakan-rakannya yang dimuat naik di Instagram milik pelakon itu telah disebarkan di beberapa blog dan juga media hiburan.

Foto tersebut menjadi tanda tanya beberapa pihak apabila Intan dilihat sering bergambar bersebelahan dengan seorang lelaki yang dikatakan kekasihnya itu.

Penyanyi Yuna turut dilihat berada dalam foto berkenaan.-mungkin boleh korek dari Yuna kottt....

Sementara itu, Intan berharap gambar yang disebarkan itu tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan ia hanyalah gambar sahabat biasa, bukannya kekasih.

#Makin jauh la ko Kamal Adli oihhh....

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/25/intan-ladyana/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.