Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
Gempa Bumi 7.3 Magnitud Landa Maluku, Amaran Tsunami Di Keluarkan | Gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa Bumi 7.3 Magnitud Landa Maluku, Amaran Tsunami Di Keluarkan

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa berkenaan berpotensi menyebabkan tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa pada jam 10.31 pagi waktu tempatan Indonesia itu berpusat di 154 kilometer di barat daya Kota Ternate di kedalaman 47 kilometer.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan.

"Ombak tsunami kemungkinan melanda pantai dalam jarak 300 kilometer dari pusat gegaran. Ombak tsunami antara 30 sentimeter (12 inci) dan satu meter dijangka melanda sebahagian Indonesia, manakala ombak bawah 30 sentimeter diramal di pesisir pantai Filipina," kata pusat itu.

"Kami sudah mengeluarkan amaran awal tsunami," kata pegawai dari Agensi Meteorologi Indonesia.

Dalam pad iu, dua gempa lagi bumi susulan melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi, selepas gempa kuat yang mencetuskan amaran tsunami melanda wilayah itu, awal pagi tadi.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa susulan pertama pada jam 11.23 waktu tempatan itu berukuran 4.9 magnitud dan berpusat di 148 kilometer (km) di barat daya Kota Ternate.

Ia disusuli dengan gempa kedua berukuran 5.0 magnitud pada jam 12.06 tengah hari yang berpusat di 141km di barat daya Kota Ternate.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/17649


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.