Selasa, 25 November 2014

Selasa, November 25, 2014
9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak | Polis hari ini menembak mati seorang anggota Geng Mamak berusia 59 tahun maut sementara seorang lagi berusia 32 tahun cedera di tempat letak kereta Lorong Serawak, Taman Melawati jam 1.45 petang tadi.

9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah, pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Volkswagen Jetta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menyemak nombor plat kereta.

Tambahnya, hasil semakan mendapati ia adalah palsu dan polis cuba menahannya namun suspek cuba melarikan diri dengan menghimpit kereta polis menyebabkan berlaku rempuhan.

Geng Mamak Maut Di Tembak

"Malah suspek cuba mengundurkan keretanya namun gagal apabila sebuah lagi kereta polis datang dan menghalangnya menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

"Dalam kejadian itu polis berjaya menembak mati seorang suspek manakala rakannya cedera terkena tembakan di pinggang dan kini dirawat di Hospital Ampang," katanya.

Mohd Adnan berkata, pihaknya turut menemui tujuh bilah parang, kapak, pemotong besi, topeng muka, sepucuk pistol dan 15 keping plat kereta palsu.


Geng Mamak Maut Di Tembak

Dalam pada itu, TV3 melaporkan seorang anggota polis turut cedera dalam tembak menembak itu kerana terkena serpihan peluru.

9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak
9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak
9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak
9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak
9 Gambar, Geng Mamak Maut Di Tembak

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11667


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.