Sabtu, 22 November 2014

Sabtu, November 22, 2014
Gilis Jiran Sampai Mati Kerana Sampah | Seorang wanita maut digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di flet Desa Intan, Bandar Baru, Georgetown pagi tadi hanya kerana isu sampah.

Gilis Jiran Sampai Mati Kerana Sampah

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, mati di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan.

Ketika itu, suspek berada dalam kereta dan mangsa bersama suami cuba menegur perbuatan jirannya itu yang membuang sampah di kawasan rumah mereka.

"Suspek yang berada di dalam keretanya cuba melanggar suami mangsa tetapi dia dapat mengelak dan pasangan itu, yang tidak berpuas hati, kemudian mengetuk bahagian belakang kereta lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian mengundurkan keretanya untuk menggertak mangsa dan suaminya menyebabkan mereka berdua terdorong ke belakang, lantas Seok Pheng menuju ke pintu pemandu kereta itu dan memarahinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berang selepas ditegur dan memandu keretanya secara melulu sebelum melanggar mangsa.

"Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia dikejar orang ramai yang melihat kejadian itu.

"Dia kemudiannya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/10678
- Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.