Sabtu, 1 November 2014

Sabtu, November 01, 2014
Hafiz Suip Bertunang Tahun Depan | Hafiz Suip, 24, merancang untuk bertunang pada tahun depan bersama buah hatinya yang dikenali sebagai ‘Fy’ yang merupakan seorang pelajar bidang akauntan.


Bagaimanapun Hafiz masih tidak berani memaklumkan mengenai tarikh hari pertunangan dengan dengan kekasihnya yang berusia 22 tahun itu.

“Dia (kekasih) masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Jadi, saya perlu menghormati hak privasinya.


“Buat masa ini kalau ada jodoh, saya sudah bersedia berkahwin pada usia muda,” katanya pada sidang akhbar konsert Kris Dayanti Live In KL 2014.


Hafiz telah dipilih menjadi artis jemputan untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 22 November ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



Pemilihan Hafiz dibuat berdasarkan undian yang dijalankan menerusi laman Facebook pihak penganjur iaitu One Drop Perfumes dan lebih 22,000 peminat memilih Hafiz untuk digandingkan bersama Kris Dayanti.

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/hafiz-bertunang-tahun-depan-1.18670


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.