Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Hantu Penanggal Muncul Atas Sejadah | Hantu penanggal dalam rumah? biar betul bebudak nih? Menurut caption yang dipetik dari sebuah fanpage terkenal mendakwa gambar ini adalah gambar sebenar yang diambil oleh anak saudaranya.

Hantu Penanggal Muncul Atas Sejadah

"Gambar original..kejadian berlaku di rumah kakak sy di kuala ibai bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa..gambar ini di snap secara tidak sengaja oleh anak saudara sy yg berusia 1 thun lebih..gambar ini disedari oleh kakak sy setelah beberapa hari yg lepas..kejadian berlaku di waktu maghrib sebelum kakak sy solat..pengamal perubatan islam sudah menghalau "penanggal" itu dari mggangu penduduk sekitar..sekian.."

Benar atau tidak, rasanya masih belum dapat disahkan, namun menurut beberapa info, kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah rumah yang bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa yang terletak di Kuala Ibai, Terengganu.

Hantu Penanggal Muncul Atas Sejadah

Memetik fanpage Sukan Star Tv, sumber yang memberi gambar tersebut memberitahu gambar itu ditangkap secara tidak sengaja oleh anak pemilik rumah tersebut dan perkara ini baru disedari pemilik rumah apabila melihat gambar tersebut dalam fail simpanan telefon bimbitnya.

Kisah ini kami sendiri tidak pasti kebenarannya tetapi seorang pengguna sosial bernama Aasyiqien Zaki yang berkemungkinan adalah pemilik rumah tersebut turut memberi pengakuan di Facebook.

Ianya turut memberi pelbagai reaksi dari orang ramai....ada juga berpendapat gambar ni hanyalah gambar palsu....Wallahualam.

sumber
Sukan Star
Mynewshub


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.