Selasa, 4 November 2014

Selasa, November 04, 2014
Hubungan AC Mizal & Anak Semakin Baik | Pengacara Datuk AC Mizal bersyukur apabila hubungannya dengan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu  Muhammad Shafiq Iman, 18, dan Muhammad Shabil Iman, 15,  semakin pulih.

Hubungan AC Mizal & Anak Semakin Baik

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, walaupun mereka tidaklah begitu mesra, namun perubahan itu semakin dapat dilihat apabila masing-masing mula bertanya khabar antara satu sama lain.

"Saya difahamkan bekas isteri saya sudah berkahwin dan kini menetap di Terengganu bersama anak-anak.

"Kerana itu, agak sukar untuk saya berjumpa dengan mereka. Tetapi kami saling bermesej dan bertanyakan khabar.

"Walaupun tidaklah seakrab mana, Alhamdulillah hubungan kami anak beranak semakin pulih," katanya.


Tambah AC, lebih membuatkan dia gembira apabila Shafiq dan Shabil turut mesra dengan dua anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 11, dan Fea Eryssa, 6 (tahun).

"Saya faham, mereka anak lelaki, mempunyai ego sendiri. Tetapi melihatkan mereka turut mesra dengan Damien serta Fea membuatkan saya cukup terharu.

"Shafiq dan Shabil juga selesa dengan Emylia. Alhamdulillah, saya dapat merasakan hikmahnya selepas pelbagai dugaan yang dilalui sebelum ini," ujarnya.

AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 dan memiliki dua anak iaitu Shafiq dan Shabil sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Kemudian pada 10 Oktober 2002, pengacara itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Emylia. Melalui perkahwinan itu, mereka mempunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/04/ac-mizal-komen-anak/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.