Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Di Hukum Mati Kerana Tukar Lirik Lagu Kebangsaan | Bukan senang bila berada dinegara lur, apatah lagi berada di negara yang undang-undangnya agak luarbiasa. Terbaru, seorang pemimpin kanan tentera Korea Utara dihukum mati hanya kerana menukar lirik lagu kebangsaan.

Hukum Mati Kerana Tukar Lirik Lagu Kebangsaan

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengarahkan salah seorang pemimpin kanan tenteranya diheret keluar dari rumah dan ditembak mati kerana menukar lirik lagu kebangsaan negara itu ketika menyanyi karaoke.

Kim dilaporkan marah selepas mengetahui bahawa lelaki itu menukar lirik lagu `terima kasih kepada parti kita’ kepada `terima kasih pada parti awak’ serta lirik `benci kepada musuh, cintakan tanahair’ kepada `benci isteri awak, cintakan perempuan simpanan’.

Lelaki berkenaan kemudiannya ditembak mati oleh sepasukan penembak di luar rumahnya, pada keesokan hari. Kerajaan Korea Utara menganggap ini sebagai satu pemberontakan.

Sebelum ini, nyanyian lagu karaoke lagu kebangsaan dianggap selamat di Korea Utara namun kini aktiviti itu perlu dikaji semula oleh penduduknya.

Ini kerana mereka mungkin berdepan risiko ditembak mati oleh skuad penembak jika menyanyikan lirik lagu yang salah.

Baru-baru ini, seorang bekas pemimpin kanan tenteranya juga ditembak mati.

Cuma kali ini kesalahannya adalah kerana menonton cerita dari barat.

sumber
http://www.suara.tv/2014/11/03/kerana-tukar-lirik-lagu-kebangsaan-seorang-lelaki-ditembak-mati/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.