Selasa, 4 November 2014

Selasa, November 04, 2014
Ibu Mengandung Kembar Maut Kereta Terbabas | Seorang ibu yang mengandung anak kembar dua maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Besar FELDA Palong 14,15 dan 16 semalam.

Ibu Mengandung Kembar Maut Kereta Terbabas

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang itu, Siti Nurnazira Amran, 23, dari FELDA Palong 13 yang kandungannya berusia tujuh bulan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan untuk majlis perkahwinan abangnya di pekan Bahau dekat sini.

Jurucakap polis berkata, kereta Proton Wira yang mangsa pandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan FELDA Palong 9, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Katanya, anak lelaki mangsa berusia sembilan bulan, abang dan bakal kakak ipar yang turut berada dalam kereta hanya mengalami cedera ringan.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/15557


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.