Khamis, 6 November 2014

Khamis, November 06, 2014
Ibu Remaja OKU Terbiar di Nilai Mengaku Bersalah | Seorang ibu berusia 40 tahun yang didakwa atas dua tuduhan dengan sengaja mengabaikan anaknya yang merupakan seorang remaja terencat akal lelaki berusia 15 tahun di sebuah flat di Nilai pada 20 Jun lalu (semalam) menukar pengakuannya kepada bersalah.

Ibu Remaja OKU Terbiar di Nilai Mengaku Bersalah

Sebelum ini Lolanopita Sadi mengaku tidak bersalah terhadap tertuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah yang sama pada 27 Jun lalu.

Suspek yang memakai tudung dan baju berwarna ungu muda, turut diiringi oleh wanita yang tidak dikenali hanya mengangguk kepalanya dan mengakui bersalah sebaik sahaja jurubahasa selesai membaca kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Lolapita dituduh dengan sengaja mengabaikan Muhammd Firdaus Dullah yang boleh menyebabkan kecederaan emosi dan fizikal  pada Januari dan 21 Jun dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak, Nilai.


Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, jika didapati bersalah dia boleh dikenakan denda maksimum RM20,00 atau penjara 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ibu Remaja OKU Terbiar di Nilai Mengaku Bersalah

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa dengan sengaja membiarkan Muhammad Firdaus tanpa pengawasan yang munasabah di rumah yang sama pada 26 Jun pukul 2.30 pagi.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 33(c) akta yang sama, jika didapati bersalah dia boleh dikenakan denda hingga RM5,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.

Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan 17 November untuk menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2014/11/05/ibu-remaja-oku/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.