Isnin, 17 November 2014

Isnin, November 17, 2014
Imej ‘Palsu’ MH17 Makan Diri | Tindakan badan penyiaran rasmi Russia yang seolah-olah mahu membantu Presiden Vladimir Putin mengatasi kritikan berhubung tragedi MH17 pada persidangan G20 mungkin memakan diri selepas dakwaan timbul laporan itu dipalsukan.

Imej ‘Palsu’ MH17 Makan Diri

Channel One menyiarkan imej didakwanya dari satelit British atau Amerika Syarikat (AS) yang konon menunjukkan pesawat pejuang Ukraine menembak jatuh pesawat malang itu pada 17 Julai lalu.

Wartawan Mikhail Leontyev berkata, pihaknya tahu Perdana Menteri Australia Tony Abbott bercadang menyoal Putin berhubung kejadian itu jadi “biarlah kita membantunya” katanya sejurus sebelum menyiarkan imej satelit didakwa terbocor itu.

Dalam pada itu, Putin dilaporkan bergegas pulang awal ke Russia selepas mesyuarat bersama negara G20 dengan alasan penerbangan jauh dan penat.


Berita itu turut memetik Timbalan Preisden Kesatuan Jurutera Russia, Ivan Andriyevsky yang mengesahkan kesahihan gambar itu selepas menelitinya.

Pakar laman web mendakwa gambar itu palsu kerana logo MAS diletakkan di tempat salah selain imej dikatakan menunjukkan Boeing 767, bukannya 777. Selain itu imej satelit juga dikatakan telah diambil dari Google Map tahun 2012-
Agensi.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9363


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.