Ahad, 23 November 2014

Ahad, November 23, 2014
Jalor Trending Worldwide Kerana Kuda Chris Tucker | Kumpulan Jalor menjadi trending worldwide di laman sosial Twitter pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Jalor Trending Worldwide Kerana Kuda Chris Tucker

Ternyata idea segar yang dibawa kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along menjadi apabila persembahan mereka menjadi perbualan malam ini sehingga #jalor berada di tempat keenam ‘trending worldwide.’

Malah, suasana gamat dengan gelak tawa penonton di dalam Dewan Teater Selangor, Shah Alam apabila Along berketerampilan seperti Wak Doyok naik ke atas pentas sebelum Joey muncul dengan watak Chris Tucker.

Kelainan yang ditampilkan Jalor dengan menggunakan ‘props’ sejak persembahan mereka pada minggu pertama mencetus kelainan kerana dalam sejarah MLM, belum ada peserta berani membawa ‘props-melampau’ ke atas pentas.

Keunikan dalam persembahan Jalor juga telah mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama MLM 2014 selama dua minggu berturut-turut.



sumber
http://www.astroawani.com/news/show/mlm-2014-bawa-kuda-ke-pentas-jalor-trending-worldwide-48966


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.