Jumaat, 14 November 2014

Jumaat, November 14, 2014
Juri TAK TELUS Punca Awie Enggan Sertai Muzik-Muzik | Otai muzik Malaysia, Awie akhirnya menyatakan juri tak telus menjadi punca sebenar mengapa dia enggan menyertai anugerah Muzik-Muzik Ke 29 walaupun lagunya tercalon.

Juri TAK TELUS Punca Awie Enggan Sertai Muzik-Muzik

"Saya tidak suka dengan keadaan apabila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan memberikan wajah terkejut, wajah yang memberi erti 'betul ke dia menang?

"Keadaan itu juga membuatkan si pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tidak mahu sertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu dipolitikkan,"

"Sudah lama saya berada dalam industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan bukan juga kerana mahu menjaga reputasi.

"Tetapi cukuplah jika saya sekadar menjadi penyokong dari belakang. Saya mahu lihat industri seni muzik tempatan dipenuhi dengan orang berbakat. Jika orang lama terlibat dengan pertandingan seperti ini, maka sukarlah golongan muda mahu mengembangkan bakat mereka," tegasnya.

Memandangkan Awie dan Erra tidak terlibat, penyanyi Marsha dan vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie akan mengambil alih membawakan lagu Cinta Makrifat nyanyian Awie dan Erra.

Dalam pada itu menurut Awie lagi, keengganannya tidak menyertai rancangan itu juga bukan kerana dia takut tewas dengan pesaing-pesaingnya yang terdiri daripada penyanyi muda.

So bawah ni la lagu Cinta Makrifat nyanyian Erra dan Awie....



sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/14/awie-enggan-sertai-muzik-muzik/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.