Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Kanak-Kanak Setahun Maut DiPercayai DiDera Bapa  | Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera bapanya di rumah mereka di Jalan SS2, Petaling Jaya pada Jumaat lepas.

Kanak-Kanak Setahun Maut DiPercayai DiDera Bapa

Memetik laporan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh kedua ibu bapanya yang mendakwa anak mereka terjatuh dari tangga dua hari sebelum itu dan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam Jumaat lepas.

"Doktor yang merawat mangsa mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan kanan, perut dan bahagian belakang kanak-kanak itu sebelum dia disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Doktor berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

"Punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau hasil siasatan polis mendapati terdapat unsur mangsa dicederakan dan pihaknya akan memanggil bapa kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.

"Siasatan polis turut mendapati kecederaan itu bukan merupakan kejadian pertama berikutan sebelum itu mangsa pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan patah tangan kanan, dengan ibu bapanya memberikan alasan yang sama," kata Azmi.

Beliau berkata pasangan terbabit yang sudah berkahwin 10 tahun turut mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat bulan dan lapan tahun, dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan lebam terhadap tiga kanak-kanak itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/kanak-kanak-maut-dipercayai-didera-bapa-47612


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.