Isnin, 10 November 2014

Isnin, November 10, 2014
KASIH IBU BAWA KE MATI, GADAI NYAWA SELAMATKAN ANAK | Tinggi-tinggi kasih anak, tinggi lagi kasih si ibu, seorang ibu mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan serta membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di Kuala Terengganu, pagi tadi.

KASIH IBU BAWA KE MATI, GADAI NYAWA SELAMATKAN ANAK

Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan.

Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.

KASIH IBU BAWA KE MATI, GADAI NYAWA SELAMATKAN ANAK

Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.

Difahamkan, mangsa yang menyedari kehadiran motosikal itu bergegas menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.

SAKSI BERANG TUDUHAN ORANG RAMAI

Akibat daripada rempuhan itu, mangsa dipercayai terjatuh dengan kepalanya telah terhentak di atas jalan menyebakan berlaku pendarahan yang banyak dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.

KASIH IBU BAWA KE MATI, GADAI NYAWA SELAMATKAN ANAK
Pelajar Ting 4 yg melanggar si ibu hanya cedera ringan
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7990


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.