Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
1
KENA TEGUR DI PARLIMEN, TAK SAMPAI 24 JAM MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT | Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, seorang menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

KENA TEGUR DI PARLIMEN, TAK SAMPAI 24 JAM MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT

Menteri tersebut yang menggunakan kenderaan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, semalam.

KENA TEGUR, MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT

Awal pagi itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

KENA TEGUR, MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ.

JPJ DIARAH HENTI SAMAN NO PLAT KENDERAAN SERTA MERTA

#Tak suka jadi ketam.....ajar anak jalan lurus...tp diri sendiri pun x betul....

sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/12/tidak-sampai-24-jam-menteri-ubah-nombor-plat/



1 comments:

  1. Kagum dengan 'orang-orang besar' yang boleh menerima kritikan dan membetulkannya sekiranya betul.. salute!

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.