Isnin, 24 November 2014

Isnin, November 24, 2014
Kepala Manusia Tanpa Telinga Depan Restoran | "Ini kurang ajar," kata pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, yang menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala lelaki yang ditinggalkan di hadapan kedainya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, petang tadi.

Kepala Manusia Tanpa Telinga Depan Restoran
Suspek yg dipercayai meletakkan kepala didepan restoran
Man berkata, sebelum kejadian jam 4.30 petang itu, beliau sedang menyapu sampah sebelum terlihat bungkusan mencurigakan itu yang pada mulanya disangkakan mengandungi bom.

Beliau berkata, dalam keadaan cemas itu, dia meminta rakannya membuka plastik berkenaan dengan perlahan-lahan bagi melihat isi kandungannya.

Kepala Manusia Tanpa Telinga Depan Restoran | "Ini kurang ajar," kata pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40, yang menemui bungkusan plastik hitam mengandungi kepala lelaki yang ditinggalkan di hadapan kedainya di Lorong Impian Ria 5, Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, petang tadi.

"Kepala itu dibungkus menggunakan tiga lapis plastik hitam dan selepas membukanya kami mula merasa berdebar kerana melihat rambut yang disangka bulu bangkai haiwan.

"Namun, selepas semuanya dibuka saya tergamam kerana melihat kepala manusia tanpa kedua-dua belah telinga berlumuran darah dalam bungkusan itu," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11388


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.