Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Kerana Sport Rim, Pemuda Parah Di Tetak Rakan Baik | Seorang pemuda cedera parah pada kedua-dua tangan setelah ditetak dengan kelewang oleh rakan karibnya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kutan, Pasir Pekan, Tumpat, petang kelmarin.

Kerana Sport Rim, Pemuda Parah Di Tetak Rakan Baik

Kejadian itu berlaku apabila mangsa, Mohamad Shahrul Riduan Sudin, 25 terserempak dengan suspek di sebatang jalan di kampung berkenaan pada kira-kira jam 5 petang.

Dua minggu sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan ada meminta suspek memulangkan empat sport rim miliknya dan suspek bersetuju untuk menurut permintaan mangsa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal, melalui jalan tersebut dan terserempak dengan suspek di tempat kejadian.

Menurutnya, suspek telah memanggil mangsa dan kemudiannya menyerang mangsa menggunakan sebilah senjata tajam dipercayai kelewang.

"Mangsa yang ketika itu berseorangan tidak mampu mempertahankan diri daripada serangan suspek," katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut menyebabkan mangsa cedera parah pada kedua-dua tangan dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau turut memaklumkan, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

"Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah dimaklumkan untuk mengesan suspek kerana dia merupakan seorang penagih dadah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ditetak-rakan-karib-1.334267


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.