Ahad, 2 November 2014

Ahad, November 02, 2014
MISERI: Kumpulan Mencari Dengar Suara Sayup | Semalam, seorang budak lelaki tingkatan 4 hilang setelah menyertai marathon di Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang masih lagi belum ditemui sehingga artikel ini diterbitkan.

Kumpulan Mencari Dengar Suara Sayup
 Kumpulan sukarelawan membuat persiapan untuk bermalam di Hutan Lipur Sekayu 
Berita tersebut mendapat reaksi segera beberapa petugas kumpulan sukarelawan yang turut serta dalam SAR selain dari bantun rasmi seperti Rela dan anggota Bomba.


Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam.


Menimbulkan misteri, ahli kumpulan ini mendakwa mereka ada mendengar seperti sahutan yang kurang jelas, walaubagaimanapun mereka masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin.


Terdahulu, seorang pelajar, Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang pula mendapat alamat dari mimpinya yang mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.

Semoga adik Ahmad Rafikin Azman berjaya ditemui dengan selamat.

UPDATE: Laporan SAR Hutan Lipur Sekayu-> Pasukan Penyelamat telah mendengar laungan dua kali meminta tolong daripada suara yang disyaki mangsa hilang di Air Terjun ke-7 di Sekayu selepas melaungkan azan. Usaha mencari dan menyelamat dipergiat. Doakan adik Rafikin ditemui dalam keadaan yang selamat

UPDATE: Al Fatihah, Adik Rafiqin Akhirnya Di Temui Meninggal Dunia
UPDATE: Nampak Tangan Arwah Lepas Azan

sumber
https://www.facebook.com/TerengganuTimes


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.