Ahad, 23 November 2014

Ahad, November 23, 2014
Lelaki Maut Di Serang 30 Samseng | Seorang pemandu lori dibunuh dengan kejam manakala empat rakannya parah selepas diserang sekumpulan 30 samseng bersenjatakan parang dan pedang samurai, di Taman Bukit Bendera, Mentakab, semalam angkara dendam.

Lelaki Maut Di Serang 30 Samseng
Gambar Hiasan
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, F Arasu, 44, dari Taman Bukit Bendera, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat rakannya menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakannya minum di sebuah kedai makan.

"Selepas berada di kedai itu selama 30 minit, mangsa yang juga bapa kepada empat anak dan rakannya didatangi lebih 30 lelaki berusia antara 20 hingga 40-an. Mereka dilaporkan bertengkar.

Lelaki Maut Di Serang 30 Samseng

"Bagaimanapun, pertengkaran berakhir dengan pergaduhan apabila mangsa dan empat rakannya diserang menggunakan senjata tajam menyebabkan mereka parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11094


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.