Rabu, 5 November 2014

Rabu, November 05, 2014
LELAKI PULAS LEHER SENDIRI DI PAGAR SAMPAI PATAH | Pelik...macam-macam kerenah manusia sekarang ni. Biasa kita dengar orang nak bunuh diri terjun bangunan, minum racun, bakar, duduk kat rel kereta api dan lain-lain...tetapi kes ni lain sikit apabila seorang lelaki bertindak menyepitkan kepalanya dipagar besi kemudian bertindak memulas sehingga lehernya patah.

LELAKI PULAS LEHER SENDIRI DI PAGAR SAMPAI PATAH

Kejadian mengejutkan itu berlaku di luar sebuah restoran di sini, semalam. Terdahulu, lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya.

Menurut seorang saksi, Murat Laginov, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan.


“Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan.

“Mungkin ibu atau teman wanitanya. Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon.


“Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah.

“Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu.

Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine.

LELAKI PULAS LEHER SENDIRI DI PAGAR SAMPAI PATAHPeperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur.

Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/6595
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2818612/Diner-gives-waiting-meal-Ukrainian-fast-food-restaurant-kills-outside-wedging-head-fence-twisting-neck-snaps.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.