Isnin, 10 November 2014

Isnin, November 10, 2014
MISTERI: Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal [5 GAMBAR] | Seorang lelaki menikam dirinya sendiri awal Jumaat lalu ketika melakukan siasatan fenomena paranormal di sebuah rumah yang menjadi lokasi pembunuhan dua dewasa dan enam kanak-kanak di Iowa pada 1912.

Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal

Robert Laursen, 37, melakukan siasatan di rumah digelar 'Villisca Ax Murder House'-yang kini juga menjadi tarikan pelancong di sebuah bandar kecil apabila tiba-tiba menikam dirinya di dada sekitar jam 12.45 tengah malam.

Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal

Pejabat Syerif Daerah Montgomery dalam satu kenyataan berkata, Laursen dibawa ke hospital tempatan sebelum diterbangkan menggunakan helikopter ke Pusat Perubatan Creighton di Omaha untuk rawatan lanjut.

Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal

Polis tidak mendedahkan senjata yang digunakannya dan motif kejadian tidak diketahui.

Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal

Penghuni rumah tersebut, Josiah dan Sarah Moore mati apabila dibunuh oleh pembunuh misteri dan kes tersebut gagal diselesaikan hingga sekarang.

Lelaki Tikam Diri Sendiri Ketika Siasat Aktiviti Paranormal

Rumah misteri tersebut akhirnya dijadikan destinasi "Tempat Bersejarah Kebangsaan" dan menjadi tumpuan pelancong serta penyiasat paranormal.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7842
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2827691/Ghost-hunter-stabs-chest-no-reason-staying-overnight-ax-murder-house-six-children-two-adults-killed-1912.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.