Isnin, 24 November 2014

Isnin, November 24, 2014
"Macam Masuk Kubur"- Cerita Pasukan HAZMAT Yang Masuk Ke Dalam Lombong | Seorang anggota pasukan penyelamat yang bertugas ketika tragedi letupan di lombong arang batu Selantik menggambarkan beliau seolah-olah 'masuk kubur' dan ia mengingatkannya tentang terowong dibina oleh Viet Cong.

"Macam Masuk Kubur"- Cerita Pasukan HAZMAT Yang Masuk Ke Dalam Lombong

"Semakin masuk ke dalam, ia semakin sempit. Apabila masuk, anda boleh berjalan tegak tetapi hanya puluhan meter, selepas itu terowong mula semakin tertutup. Anda perlu membongkok, kemudian merangkak, " kata Kana Tawi, 27, yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya  (Hazmat) yang dihantar selepas berlakunya letupan pada Sabtu.

"Ia membuatkan saya berfikir tentang terowong yang digali oleh Viet Cong sebagai tempat persembunyian. Saya melihat gambar-gambarnya di Discovery Channel. Pada malam itu, saya rasa seperti berada di tempat yang sama, "katanya.

Kana berkata, rangkaian terowong adalah rumit dengan bahagian yang menyerupai tempat makan, dihubungkan melalui laluan sempit.

"Macam Masuk Kubur"- Cerita Pasukan HAZMAT Yang Masuk Ke Dalam Lombong

"Ia seperti masuk ke kubur," katanya kepada media The Star, semalam.

Pasukan Hazmat telah dihantar ke sana untuk menilai keselamatan sebelum penyiasat forensik boleh masuk ke dalamnya.

Pasukan itu membuat keputusan untuk menutup tempat itu pada masa sekarang, yang bermaksud tidak ada orang lain yang akan melihat kesan dan akibat daripada letupan.

"Tahap metana adalah terlalu tinggi. Kami terpaksa keluar setelah menjelajah selama satu jam," kata Kana.

"Kami hanya boleh lalu dalam jarak beberapa ratus meter."

Gambar tapak letupan itu juga masih tiada kerana 'flash kamera adalah berbahaya untuk udara' katanya, sambil menambah tugas mereka adalah untuk memerhati dan menilai tahap keselamatan.

"Macam Masuk Kubur"- Cerita Pasukan HAZMAT Yang Masuk Ke Dalam Lombong

Kana berkata, bahagian tepi terowong telah disokong oleh papan, manakala kepingan logam di bahagian atas.

"Terdapat bar keluli yang menegak untuk memastikan terowong utuh. Ia tersangat licin dan tanahnya berlumpur," katanya.

Ahli pasukan memakai gear keselamatan dengan berat kira-kira 30 kilogram (kg) yang terdiri daripada sut kalis-letupan, but berat, topeng muka penuh dan pengesan gas berbahaya.


"Ketua pasukan kami juga membawa pengesan yang lebih khusus, Selepas setiap 50 meter, kami akan berhenti untuk mengukur udara." Kata Kana.

Ditanya sama ada beliau bimbang ketika melalui perjalanan 130 kilometer (km) ke lombong itu, Kana berkata pada suatu ketika dia merasa seperti mahu muntah ketika berada di dalam trak Hazmat.

"Tetapi apabila sampai ke sana, anda hanya perlu percaya dengan peralatan anda. Jika tidak, anda tidak mempunyai keyakinan untuk berkerja."


Kana berkata pelombong boleh bekerja dalam keadaan yang sukar.

"Tidak ada lampu. Tempatnya basah dan sempit. Kami terpaksa bergerak seorang demi seorang. Kami mengesan abu, mungkin disebabkan oleh letupan di bahagian yang lebih dalam. Saya berasa sedih untuk pelombong mati," kata Kana.

Pasukan itu masuk pada pukul 8 malam hari Sabtu, kira-kira 12 jam selepas letupan itu dipercayai telah berlaku.

Hujan malam tadi merumitkan keadaan kerana bahagian rendah terowong telah banjir.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/24/masuk-kubur-lombong-arang-batu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.