Isnin, 17 November 2014

Isnin, November 17, 2014
Mahkamah Benar Cerai Isteri Kerana Di Rasuk Jin | Mahkamah Rayuan di Dubai membenarkan seorang lelaki tempatan menceraikan isterinya tanpa perlu membayar sebarang pampasan atau ganti rugi, hanya selepas berkahwin empat hari.

Mahkamah Benar Cerai Isteri Kerana Di Rasuk Jin
Gambar Hiasan
Lelaki berkenaan sebelum ini memohon mahkamah supaya membenarkan dia bercerai kerana isterinya enggan tidur bersama atas alasan dia dirasuk jin.

Si suami memberitahu mahkamah, dukun yang merawat isterinya tidak dapat mengusir jin berkenaan kerana ia ‘terlalu kuat’ dan jin itu tidak membenarkan isterinya tidur bersamanya.

Si isteri sebelum itu mendakwa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wangnya.

Sebuah mahkamah sebelum ini membenarkan si suami bercerai tetapi mengarahnya membayar ganti rugi Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820).- Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9575


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.