Sabtu, 1 November 2014

Sabtu, November 01, 2014
Mamat Khalid Selamat Jalani Angioplasti | Disebalik berita gembira dunia hiburan dengan kelahiran anak Che Ta, Mamat Khalid dilaporkan selamat menjalani angioplasti, prosedur untuk mengembangkan kawasan arteri yang tersumbat di Hospital Assunta, Petaling Jaya, petang tadi.

Mamat Khalid Selamat Jalani Angioplasti

Anak perempuan Mamat, Nor Sara Mohamad, 23, menjelaskan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

“Ayah (Mamat Khalid) menjalani prosedur tersebut pada jam 3.40 petang tadi dan prosedur itu hanya mengambil masa satu jam sahaja.

“Pihak hospital masih akan menjalankan beberapa pemeriksaan dan tunggu sehingga keadaannya  stabil sebelum benarkan dia pulang. Dia mungkin akan pulang dari hospital sama ada esok atau lusa,” katanya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati saluran arteri bapanya tersumbat menyebabkan sakit di bahagian dada.


Doktor turut memaklumkan, serangan jantung ini boleh terjadi disebabkan stres.

“Ketika serangan jantung semalam tekanan darah papa mencatat bacaan 180 namun Alhamdulillah kini kembali stabil kepada 110.

“Papa diserang sakit jantung buat pertama kali pada Julai lalu, seminggu sebelum puasa,” katanya.

Menurut rekod, ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan Mamat diserang penyakit yang sama.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mamat-khalid-stabil-jalani-angioplasti-1.329582


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.